::pegawai urusan permata::

Thursday, November 22, 2012

aku ada untukmu

awal muharam jatuh pada hari jumaat..dan aku seolah-olah tidak merasai saat awal muharam memandangkan pada saat itu aku masih lagi berada dalam dakapan suasana kampung yang menghijau. aku langsung tidak mempunyai azam yang ditajdidkan di saat apabila melihat dalam laman sensawang, facebook, rata-rata sahabat mengucapkan salam maal hijrah dan menyatakan azam masing-masing..aku langsung mengabaikan ape yang mereka cuba sampaikan..kerana di saat itu, hatiku terlalu memikirkan dunia melebihi memikirkan akhirat.. petang itu juga, aku menerima kunjungan daripada anak-anak buah yang begitu teruja dapat pulang kekampung bertemu dengan atok & opah mereka.. lantas pada malam tersebut, kami langsung menjamah makanan bersama secara berjemaah sambil ditemani berita tv3 bagi mengetahui perkembangan semasa..sebaik sahaja pemberita memulakan bicara, tajuk yang dipaparkan ternyata tida sama seperti sebelum2 ini.. mereka terus menyiarkan tetang kekejaman yang dilakukan israel..aku terus terpaku melihat keadaan tersebut.. sungguh hatiku begitu terusik apabila melihat saudara seagama yang sepatutnya menyambut kehadiran bulan suci muharam dengan penuh keazaman dan kegembiraan, namun kesucian bulan tersebut akhirnya dinodai oleh golongan2 laknatullah yang begitu rakus menggapai keinginan nafsu demi merampas sebuah kawasan di Genting Gaza.. kekejaman yang mereka lakukan sememangnya menggambarkan peribadi mereka yang begitu tamak dan rakus terhadap bumi palestin dan terhadap agama islam itu sendiri..

 

 

tumblr_mdnulj0b6R1rahmvco1_400

 

pasti…!! syahid itu matlamat hidupku..aku rela pergi berjuang ke sana jika diizinkan,tetapi mereka tidak memerlukan bantuan tentera,kerana meraka sendiri sudahpun mempunyai ramai tentera. yang mereka perlukan adalah bantuan peralatan perang, bantuan doa, dan bantuan boikot.. dan dalam situasi sekarang, menuntut ilmu merupakan jihad yang tidak kurang hebatnya.. dari situ lah kita dapat menjadi ilmuwan yang mampu menyampaikan ilmu yang ada dalam diri kita bagi mengelakkan masyarakat daripada kejahilan..itulah jihad bagi waqi’ kita. namun, andai satu saat nanti diberi peluang, aku sanggup pergi kesana mengusung dan mnegangkat senjata  bersama tentera islam di sana demi mempertahankan agama islam itu sendiri..

 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak seorang pun yang telah masuk Syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati Syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yang dilihatnya (yang diberikan kepadanya).”
Dalam riwayat lain, “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.”
[HR Bukhari dan Muslim]

 

tumblr_mdsn27SNLs1qewq82o1_400

 

semalam, aku cuba search dalam tumblr ku, fastabiqul-khairat mengenai palestin..dan sungguh aku begitu terkejut melihat kebanyakan post-post daripada bangsa yang menyebelahi yahudi begitu ramai dan sukar sekali aku menemui post yang menceritakan kebenaran mengenai kisah  sebenar palestin..keabnyakan yang disebarkan, menceritakan sebaliknya..aku sungguh tidak menyangka perkara ini.. lantas, aku teringat kata-kata brother Lim joi Soon, “orang kristian ni sangat rajin buat dakwah meskipun mereka agama yang salah, orang islam ni snagat rajin tak nak buat dakawah meskipun mereka tahu yang mereka ini benar..” dan sememangnya kata-kata itu terbukti kebenarannya..

 

aku teringat pada ayat al-quran dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang mafhumnya, “tidak akan sekali-kali kaum yahudi itu redha kepada mu Muhammad, sehinggalah kamu mengikut telunjuk mereka,” ayat ini jelas menceritakan sampai hari kiamat pun mereka tidak akan mengikut kita dan tidak akan rela kepada kita kerana ALLAH sendiri yang berkata demikian.. dan semalam, dalam usrah,ade membincangkan tentang perkara ini, salah seorang ahli usrah menyatakan bahawa,isu ini sebenarnya isu lama. sememangnya saban tahun pihak israel laknatullah akan memilih bulan yang suci bagi umat islam untuk menyakitkan hati umat islam..allahurabbi..!!!

tumblr_m8jszndUZu1qg61yqo10_r2_400

aku pasti, pertolongan ALLAH itu pasti akan tiba tepat pada masa dan ketikanya..

 

tumblr_mdsdyrcQVf1r66ig0o1_400

No comments:

Post a Comment