::pegawai urusan permata::

Monday, January 31, 2011

::balasan istighfar::

 

doa

Ketika seorang soleh yang telah beribadat selamat 40 tahun bermunajat,

tiba-tiba timbul perasaan ingin meminta pada Allah. Lalu dia pun berdoa;

"Ya Ilahi, tunjukkan padaku apa yang telah Engkau sediakan untukku dari

bidadari.:

Tidak semena-mena dinding mihrabnya terbelah dan keluar dari situ

seorang bidadari. Orang soleh berkenaan begitu terpegun dengan

kecantikannya dan merasakan andainya bidadari itu keluar ke dunia, pasti

berlaku fitnah yang besar kerana masing-masing akan dilanda kekaguman

dan khayalan. 

Bidadari itu pun bersyair; "Engkau mengeluh pada Tuhan, sedang Dia telah

mengetahui keluhanmu, dan Tuhan memberimu harapan dan kini telah

menghalaukan ujian. Dan mengutusku kepadamu untuk menjinakkan kamu, dan

aku berbisik padamu sepanjang malam andainya kamu mendengar bisikan itu.

Pasti akan lebih asyik."

Mendadak orang soleh itu bertanya; "Hai bidadari, untuk siapakah kamu?" 

"Untukmu."

"Berapa banyak isteriku yang seperti kamu ini?" 

"100 dan tiap 100 bidadari mempunyai 100 pelayan dan setiap pelayan

mempunyai 100 penghias dan tiap penghias mempunyai 100 kepada.?" 

"Wahai bidadari, apakah ada orang yang diberi lebih banyak daripadaku?"

"Hai miskin, pemberian yang diberikan kepadamu ini adalah pemberian

untuk orang-orang yang banyak dosa lalu membaca istighfar dan diampunkan

oleh Allah. Kemudian membaca istighfar pada tiap terbenam matahari dan

diampunkan oleh Allah." 

Masya-Allah...

Dari Kitab Irsyadul 'Ibad Ilasabilirrasyad

gfjj


8 comments:

  1. ..nice information..keep it up..!

    ReplyDelete
  2. amani suka?? bgus2..tp ini utk lelaki..hehe.. bidadari kan utk lelaki..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik mir...teruskan...

    ReplyDelete
  4. puteri duyung, terima kasih, rajin2 lah dtg ye =)

    ReplyDelete