::pegawai urusan permata::

pengarah blog

assalamualaikum WBT.. salam 1 islam di utuskan pada kalian..=) ukhuwwah dieratkan, agama di kembangkan.. selamat datang ke blog saya.. orang kata, bukan saya kata ye.. tak kenal maka tak cinta.. tak cinta maka tak kenal..ke guane?? hehehe.. ok fine, pemilik blog ni telah dilahirkan pada 24 julai 1991. tarikh yang keramat..=) banyak peristiwa berlaku dalam tarikh ni.. setelah selamat menjengah dunia yang fana ni, macam biasa lah, mesti nangis dulu kan..takkan terus gelak..bila keluar dari perut emak, mestilah jadi baby dulu kan..takkan terus boleh jadi besar macam sekarang ni..hehe. takkan terus boleh buat blog ni kan.. selesai di lahirkan, abah pulak mengalunkan azan di telinga.. syahdu rasanya time tu..hehe kecik2 pun dah ade perasaan.. pastu abah pun telah mencari name2 yang sesuai..setelah membuat meeting selama beberapa hari n search name2 kat google(mungkin kot) hehe, akhirnya, keputusan muktamad diperolehi, dan semua telah bersetuju untuk letak nama MOHAMAD AMIR HAKIM..  dilahirkan dalam suasana kehidupan yang sederhana banyak mengajarku erti kehidupan.. kalau sape pernah jadi orang kampung, mesti korang tahu macam mane cara hidup orang kampung.. banyak erti hidup yang akan dipelajari.. indahnya hidup dalam suasana kampung meskipun hidup dalam keadaan yang agak susah..tetapi kesusahan mengajarkau banyak perkara.. saya seorang lelaki yang banyak berdiam diri..tetapi diam saya lebih kepada memikirkan sesuatu..diam ni bukan bermaksud pasig, ade masa kita perlu bersuara..tapi anadai banyak bersuara, makin banyak pula dosa kita..so, lebih baik diam..kita fikirkan ape yang boleh mendatangkan fawaid pada diri kita. secara jujurnya, saya memang tak boleh n ak bermesra lebih2 dengan perempuan..sapae2 yang pernah duk satu kelas ngan saya, mesti depa akan tahu sikap saya.. saya hanya akan bercakap pada wanita yang ade urusan dengan saya sahaja.. ok, sekarang kita citer tentang pendidikan pulak..bersekolah tadika di rumah.. macam2 benda abah ajar.. abah saya, kalau mengajar anak2, selagi tak dapat, selagi tu dia akan ajar anak2 nya.. kalau tak nangis tak sah la.. mungkin sebab tu saya mampu menjadi manusia sekarang ni.. 



terima kasih kepada MOHAMAD RASHID & PUAN MAHANI.. terlalu banyak jasa kalian padaku.. kemudian melanjutkan pelajaran di sekolaj kebangsaan permatang pelandok.. banyak kisah saya di sini..6 tahun saya duk kat situ..best la kat sane..sekolah yang kecik, semua sahabat2 dari darjah satu sampai darjah enam, saya kenal..student nye dalam serarus lebih je.. best tau..ade cinta monyet la..ade kontroversi la.. mcm2 adaaaa.. hehe.. kemudian menyambung lagi pendidikan di sekolah menengah kebangsaan sultan Abdullah.. 5 tahun hidup di sekolah ni..macam benda yang berlaku..dekat sekolah ni lah saya berjaya merantau banyak tempat.. dekat sekolah ni lah, saya berjaya menjadi seorang pemimpin pelajar yang tidak berapa berjaya.. maksud saya, saya kurang berjaya dalam memimpin pelajar..so, saya cuba ambil pengalaman lalu untuk di jadikan pengajaran..akhirnya, saya berjaya grad di situ.. kemudian ditawarkan ke SMKA sultan Azlan Shah..sambung STP kt situ..berjaya duduk seminggu kat situ..tetapi takdir telah menetapkan bahawa saya perlu merantau ke negeri yang tidak pernah saya bayangkan untuk sampai.. negeri terengganu darul iman. sebuah negeri yang terletak di pantai timur.. belajar bidang pengajian islam di universiti sultan zainal abidin.. alhamdulillah, duduk di universiti ini berjaya mematangkan saya.. memang jauh perbezaan saya bila dah masuk u sini..rasa semakin matang.. sekarang rasa yakin untuk berhadapan dengan manusia sekeliling.. kalau dulu rasa gugup nak cakap depan orang ramai, sekarang alhamdulillah dapat hilangkan perasaan tu.. ok, tu je la kot.. kalau ade benda yang perlu di tambah nanti saya tambah lagi.. =) selamat menjelajah blog saya ye..






pengarah urusan blog permatayahbonda






No comments:

Post a Comment