::pegawai urusan permata::

Sunday, May 22, 2011

::al-fatihah, semoga syurga tempat mereka::

ketika usai sahaja daku mengadakan sedikit praktis tarannum selepas maghrib tadi, langkahku pantas kembali ke rak al-quran.. setelah sekian lama tidak praktis sorang2, malam tadi terasa sesuatu semangat tiba-tiba meresap dalam jiwa untuk membaca Al-quran secara bertarannum..lazimnya diriku bertarannum bersama anak2 murid..tapi bila bertarannum secara sendirian, baru lah daku menyedari perbezaannya.. fikiranku teringat akan anak muridku yang hanya berjaya mendapat tempat kedua di peringkat daerah tadi… setelah harapan yang tinggi di letakkan ramai pihak ke atasnya, akhirnya kami terpaksa akur dengan ketetapan ALLAH. walaupun statusnya sebagai naib johan negeri baru2 ini, tetapi itu bukanlah jaminan untuknya terus memegang gelaran itu, kerana tanpa usaha yang keras, kejayaan tidak akan mampu diraih.. ok stop situ..!! langkahku terus menuju ke hadapan television untuk mendengar berita yang tergempar di negara kita buat masa kini.. berita yang benar2 mengejutkan ramai pihak..berita yang sangat sadis dan memilukan..jariku pantas menekan remote mencari channel tv9 dekat dihatiku.. melihat pengacaranya yang petah berkata-kata, hatiku mula bermonolog, kalaulah aku dapat cakap direct mcm dia msti best..=).. tiba2., telingaku terdengar bacaan surah al-fatihah yang sangat sayu bunyinya dari bilik parent ku..tanganku pantas menukar kepada siaran tv3.. hatiku terlalu sebak melihat video solat jenazah mangsa2 runtuhan itu.. video yang diiringi bacaan surah al-fatihah itu benar2 mengusik kalbuku.. airmataku menitis mengenangkan penderitaan mereka pada waktu itu, tapi aku yakin, ALLAH pasti akan membalas mereka dengan nikmat syurganya kerana mereka mati disebabkan bencana alam.. seramai 16 orang telah pergi menyahut seruan ALLAH..segalanya telah ditetapkanNya..hatiku benar2 tersentuh apabila ade seorang mangsa tersebut merupakan lepasan SPM dan akan melanjutkan pelajaran di matrikulasi gopeng dlm bidang perubatan..melihat wajah bondanya yang ditemubual pemberita tadi menyebabkan hatiku sekali lagi menangis.. hanya AL-Fatihah yang mampu disedekahkan buat mereka…

 

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim

berita pukul 8 tadi memaklumkan semua mayat yang dijumpai seramai 16 orang..mayat yang terakhir ditemui pada pukul 5 subuh tadi..

 

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim1

apa lagi mahu dikata..subhanallah…

 

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim4

=(

 

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim8

ya ALLAH, andai itu berlaku pada adik beradikku, atau pada diri ku sendiri..

 

TANAH RUNTUH / HULU LANGAT

semoga syurga tempat selayaknya bagi mereka..

No comments:

Post a Comment