::pegawai urusan permata::

Sunday, May 15, 2011

::jangan tinggal daku::

selesai sahaja mengimami solat berjemaah dirumah tadi, mulutku segera membaca wirid2 selepas solat..menjadi kelaziman bagi kami sekeluarga untuk solat berjemaah bg solat maghrib.. tetapi tadi sebaik sahaja selesai aku membaca wirid, terdengar abah menepuk2 dada.. hati kecil ku berkata, itu mungkin ada angin dalam badan..aku bermonolog sendirian.. pada sangkaan ku, itu hanya perkara biasa..sebaik sahaja selesai bersalaman, abah ku terus membaca al-quran..aku tidak mengesyaki apa2 yg pelik berlaku padanya..aku terus ke bilik meneruskan bacaan surah2 amalan.. usai sahaja membaca, tangankan pantas mencapai laptop yang berada di tepi katilku.. modem pun ku capai dan kutekan punat on.. segera aku mencari diari harian ku, FACEBOOK.. ade sesuatu yang cuba ku update kan sebelum menunggu masa untuk menunaikan solat isyak di masjid..semasa sedang berkira-kira untuk menjelajah blog ku, tiba-tiba pintu bilikku diketuk kuat..hati ku mula berasa tidak senang.. pintu dibuka sepantas kilat, dan kelihatan mak didepan pintu..mak memaklumkan keadaan abah yang kelihatan tenat.. aku segera bergegas ke bilik abah..abah mengerang kesakitan..dada abah kelihatan sangat sakit..aku mula memegang tangan dan dada abah..tetapi abah menarik tanganku tidak membenarkan memegang dadanya..sakit yang teramat barangkali.. aku mengurut-urut kaki abah sambil menyuruh abah mengucap.. err..tak sanggup nak taip dah… semoga abah selamat dan diberikan kesembuhan oleh ALLAH..

 

asap abah..terlalu besar jasamu=(

aku tidak dapat bayangkan bagaimana hidupku tanpa mu ayah =(

No comments:

Post a Comment