::pegawai urusan permata::

Sunday, May 29, 2011

::sebutir nasi yang anda suap::

aku bukan dari keluarga yang hidup senang..bukan juga keluarga yang mempunyai harta melimpah ruah..bukanlah anak kepada pegawai besar.aku cuma anak petani.petani dan nelayan. andai kalian pernah merasai bagaimana keperitan hidup, anda janganlah menyangka itu semua adalah pembawa kegagalan, itulah pengalaman manis dalam hidup.. AKU ANAK PETANI..!! yaa..aku berbangga?? sama sekali tidak..tidak ada apa yang perlu dibanggakan menjadi anak petani..lainlah hidup sebagai anak pegawai besar..itu perlulah dibanggakan..tetapi, aku amat berbangga mempunyai seorang ayah yang bekerja sebagai seorang petani yang tidak pernah mengenal erti penat lelah..sedarkah anda semua? sebutir nasi yang anda makan sekarang ini asalnya dari mana?? sedarkah kalian berapa banyak penderitaan dan halangan yang perlu ditempuhi untuk menjadikan sebutir beras?? kalian mungkin tidak pernah sedar.. kalian mungkin gembira melihat panorama sawah padi yang terbentang hijau saujana mata memandang, kalian mungkin akan sendawa selepas menikmati makanan harian yang menjadi makanan ruji bagi penduduk asia, tetapi pernahkah kalian mengucapkan terima kasih kepada petani yang berhempas pulas bekerja dibawah panas terik, hujan, ribut, mereka tetap sentiasa meneruskan perjuangan mereka bagi menyara kehidupan anak2 mereka dan memberi sumber makanan kepada manusia.. mungkin kalian tidak pernah merasai bagaimana peritnya memikul berguni-guni baja dibawah panas terik mentari, mungkin juga kalian tidak pernah merasai bagaimana siksanya memikul enjin yang beratnya hampir 40kg.. tapi aku sebagai anak petani, semua itu telah menjadi lumrah hidupku..memikul baja, memikul benih padi, meranduk ke dalam bendang yang dipenuhi padi, dengan tanah yang penuh dengan selut dan lembik, pastinya menguji kesabaran.. masih lagi terngiang-ngiang di telingaku “bancik, nilah rupenya susahnya nak mencari rezeki, itulah pasalnya aku suruh belajar, jangan jadi macam aku” abahku memberi nasihat dengan pengertian yang sangat mendalam..hatiku benar-benar terkesima..memang benar, bukan mudah nak menjaga sebuah bendang yang agak luas..tetapi itulah hakikatnya, aku menanis didalam hati melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh abah untuk mencari sesuap nasi buat anak-anaknya.. alhamdulillah,disebabkan aku adalah waris yang lelaki, maka aku lah yang sering mengikut abah ke bendang dan sungai..adik beradik perempuanku tidak berkesempatan menghadapinya..walaupun perit, tetapi ia memang sangat indah..tidak mampu digambarkan dengan kata-kata..parit, becak, lecah, ikan, banjir, dan macam-macam lagi situasi yang telah ku tempuhi.. semoga pengalaman ini menjadi kenangan terindah dalam memorabilia ku dan menjadi kisah pengajaran kepada anak-anakku kelak..Just kidding

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

tiada kata yang mampu diucap, subhanallah….Winking smile

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

indahnya bumi ALLAHLaughing out loud

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

jangan ikut jalan yang bengkok

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

ketenangan yang dicari

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

hijau itu tenang..Thumbs up

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

I love green..Red heart

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

kenderaan rasmi ku..Winking smile

 

SAM_1039

kenderaan rasmi abah ke “pejabatnnya”Hot smile

2 comments: