::pegawai urusan permata::

Thursday, June 9, 2011

:: hari terakhir ::

alhamdulillah, esok merupakan hari terakhir aku berada di bumi perak.. bumi yang penuh dengan kehijauan dan keindahan alam yang diciptakan oleh pencipta Yang Maha Agung, ALLAH.. disinilah aku dilahirkan dan disini juga aku dibesarkan dalam kehidupan yang penuh kesederhanaan.. esok juga hari terakhir untuk daku berkhidmat sebagai ustaz yang tidak bertauliah kepada anak muridku, ahmad fadhil dan ahmad fahim..20548_100567503306370_100000593622567_10770_5569377_n

dua orang anak teruna kepada pasangan cikgu faisal dan isterinya, merekalah yang sabar menuntut ilmu tarannum bersamaku saban hari, sememangnya aku sangat gembira mengajar mereka, bukan kerana aku diberikan gaji, tetapi melalui pengalaman mengajar mereka banyak yang daku perolehi, aku dapat bersama mereka memantapakan suaraku bagi menghadapi akademi al-quran dan tilawah dewasa pada tahun depan..akademi al-quran tu tak sure la lagiWinking smile.. baru perancangan..eheehe..

pada masa yang sama, aku dapat juga memantapkan ilmu tarannum ku…kalau berlatih sendiri memang takkan bertambah ilmu..selain itu, dapat jugaklah meningkatkan konfiden untuk bercakap didepan khalayak ramai.. aku sangat berterima kasih pada cikgu faisal dan isteri yang terlalu baik padaku, layanan yang diberikan sungguh membuatkan ku kadangkala segan berada di rumah mereka.. namun,aku turut merasai kagum dengan cikgu faisal, cikgu yang pernah mengajarku Bahasa Malaysia masa spm dulu, yang juga merupakan guru cemerlang bahasa di malaysia, setelah dihujani dengan pelbagai soalan peribadi, akhirnya beliau membuka mulutnya mengenai sejarah silamnya yang merupakan naib presiden MPP di maktab pahang, dan juga timbalan presiden persatuan pelajar2 maktab seluruh malaysia..aku benar-benar kagum dengan penglibatan beliau dalam persatuan.. semasa berada di UPM, beliau juga merupakan timbalan presiden MPP di sana..dan beliau merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam persatuan serta cemerlang dalam akademik..oleh yang demikian, beliau telah terpilih untuk mewakili malaysia ke australia dibawah satu program yang dianjurkan disana…selama ni beliau tidak pernah menceritakan kepada ku sama ada dalam kelas mahupun di luar kelas, akhirnya beliau mahu juga menceritakannya sebagai satu motivasi kepada saya yang bakal memimpin persatuan, insyaAllah..

alhamdulillah, gembira rasa dihati apabila anak murid yang kudidik sejak beberapa bulan lalu, hanya ketika cuti semester, akhirnya berjaya mengikut setiap yang ku ajar saban hari.. mereka sangat terang hati dan mudah menerima apa yang diajarkan.. insyaALLAH, andai mereka terus istiqamah dalam bidang ini, pasti mereka akan berjaya kerana karakter mereka sebagai seorang qari sudah mula bersinar .. semoga dengan usaha yang sedikit ini, mendapat ganjaran yang sewajarnya disisi ALLAH SWT.. insyaALLAH..

P5060108

No comments:

Post a Comment