::pegawai urusan permata::

Sunday, July 3, 2011

:: hanya tuhan yang tahu ::

asas

potret yang banyak menyampaikan mesej pada pembaca..banyak perkara yang di fikirkan di saat ini.. teringat saat mula-mula ditaklifkan sebagai pemimpin pada satu beberapa bulan yang lalu.. waktu itu, rasa seperti tidak mampu untuk memikul amanah yang sangat berat ini..manakan tidak, kesemua pelajar diploma Al-Quran & As-sunnah perlu di tarbiah dan dijaga, seandainya ada dikalangan mereka yang melakukan perbuatan yang mungkar, sedangkan aku tidak menyampaikan risalah dakwah pada mereka, nescaya aku lah yang akan di soal oleh ALLAH di akhirat kelak.. aku masih teringat bingkisan yang di sampaikan oleh Ust zambri zainal abidin, deejay radio ikim semasa bersama beliau dalam sebuah simposium, beliau menukilkan bahawa pemimpin perlu sentiasa berkorban, disaat sahabat2 lain sedang lena dibuai mimpi, disaat sahabat2 lain boleh bergembira, disaat mereka mempunyai banyak masa lapang, tetapi, kita perlu berkorban untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin mereka..andai pada waktu dan saat ini ada bondaku, pastinya aku ingin meluahkan perasaan ku..terlalu banyak dugaan yang menimpaku.. kadangkala hati merasa putus asa, tetapi iman mengatakan aku harus berusaha melawannya..pernah aku merasakan bagaimana sahabat sendiri melarikan diri daripadaku..ujian ALLAH itu tidak pernah sunyi dalam hidup kita..kadangkala hatiku menangis sendirian, memikirkan perkara yang berlaku, mungkin ini ade kena mengena dengan dosa silamku.. yaALLAH, hinaNya daku di sisi Mu..

maghfirah

bagaimana lagi harus aku lakukan yaALLAH selain berserah padaMu.. kadangkala manusia tidak mampu menerima kata2 kita, tetapi lazimnya kata2 yang pahit untuk didengar itu, itulah yang menjadi penawarnya.. aku sangat bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk bertaubat, walaupun diriku bukanlah sebersih kain putih, tetapi aku perlu terus menasihati orang lain kerana setiap kali aku memberi nasihat pada orang lain, sebenarnya aku sedang memberi nasihat pada diriku.. ternyata apabila aku menasihati orang lain, kesan yang terjadi pada diri sendiri lebih ketara.. subhanaALLAH..

SAM_0558

biarlah aku menyendiri buat seketika waktu..

No comments:

Post a Comment