::pegawai urusan permata::

Wednesday, October 26, 2011

:: Pesanan dari Kolonel Mu'ammar Gaddafi ::

"Seperti beberapa orang telah memberitahu saya, walaupun rakyat mempunyai 10 buah rumah, pakaian-pakaian baru dan perabot, mereka tidak pernah akan berpuas hati. Dengan mementingkan diri sendiri, mereka mahukan lebih."

- Muammar Gaddafi

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...
Selama 40 tahun, atau adakah ia lebih lama, saya sudah lupa, saya telah lakukan semua dengan memberikan kepada rakyat rumah-rumah, hospital-hospital, dan apabila mereka lapar, saya berikan mereka makanan. Malah, saya telah merubah Benghazi menjadi sebuah tanah ladang daripada sebuah padang pasir. Saya telah bangun dari serangan koboi (Ronald) Reagan (bekas Presiden AS), apabila dia telah membunuh anak angkat saya yang yatim piatu. Dia telah cuba membunuh saya. Namun dia telah membunuh anak yang malang itu. Kemudian saya telah membantu saudara-saudara saya dari Afrika dengan memberi wang kepada Kesatuan Afrika.
Saya telah lakukan semua yang saya mampu untuk membantu rakyat memahami konsep sebenar demokrasi, di mana Majlis Rakyat mentadbir negara kita. Tapi itu semua tidak pernah cukup. Seperti beberapa orang telah membertahu saya, walaupun rakyat mempunyai 10 buah rumah, pakaian-pakaian baru dan perabot, mereka tidak pernah akan berpuas hati. Dengan mementingkan diri sendiri, mereka mahukan lebih. Mereka telah memberitahu orang Amerika dan orang asing lain, mereka memerlukan 'demokrasi' dan 'kebebasan' tanpa menyedari ia adalah sistem yang akan 'menyembelih leher' mereka, di mana anjing yang lebih besar akan memakan kesemuanya. Namun, mereka terpesona dengan kata-kata, tanpa menyedari di Amerika, di sana tiada ubat-ubatan percuma, tiada hospital percuma, tiada rumah percuma, tiada pendidikan percuma dan tiada makanan percuma. Kecuali apabila mereka terpaksa mengemis atau beratur panjang untuk mendapatkan sup.
Tidak.. Apa pun yang saya telah saya lakukan, ianya tidak pernah cukup untuk sesetengah orang. Tapi bagi yang lain, mereka tahu saya adalah 'anak' kepada (Presiden) Gamal Nasser, satu-satunya orang Arab dan pemimpin Islam yang kita ada selepas Salahuddin (al-Ayubi). Apabila beliau mengembalikan Terusan Suez untuk rakyatnya, seperti mana saya mengembalikan Libya, untuk rakyat saya, ia adalah langkahnya yang saya cuba ikuti. Untuk memastikan rakyat saya bebas dari dominasi kolonial - daripada pencuri-pencuri yang mahu mencuri dari kita.
Kini, saya telah diserang oleh kuasa tentera terbesar dalam sejarah ketenteraan. Anak Afrika saya yang kecil, Obama mahu membunuh saya, untuk merampas kebebasan negara kita, untuk merampas rumah percuma kita, merampas ubat-ubatan percuma, pendidikan percuma, makanan percuma, dan menggantikannya dengan cara mencuri gaya Amerika, dipanggil 'kapitalisme'. Tetapi kesemua kita di Dunia Ketiga tahu apa maksudnya. Ia bermaksud beberapa pihak mentadbir negara-negara, mentadbir dunia, dan rakyat menderita. Jadi, tiada alternatif untuk saya. Saya mesti mengambil keputusan, dan Insya-Allah, saya akan mati mengikut jalan-Nya, jalan yang telah menjadikan negara kita kaya dengan ladang-ladang, dengan makanan dan kesihatan, dan membolehkan kita membantu saudara-saudara Afrika dan Arab untuk bekerja dengan kita di sini, di Libya Jamahiriya.
Saya tak berhajat untuk mati. Tapi jika sampai ke situ, untuk menyelamatkan tanahair ini, rakyat saya, kesemua ribuan anak-anak saya, maka biarlah.
Biarlah pengakuan ini menjadi suara saya kepada dunia, bahawa saya telah bangun menentang tentera salib NATO, bangun menentang kezaliman, bangun menentang pengkhianatan, bangun menentang Barat dan cita-cita penjajahan mereka, dan saya telah bangun menentang bersama-sama saudara-saudara Afrika, saudara-saudara Arab dan Muslim yang sejati, sebagai obor. Apabila yang lain membina istana, saya tinggal di dalam rumah yang sederhana, dan di dalam khemah. Saya tak pernah lupa masa muda saya di Sirte. Saya tidak membelanjakan harta negara sewenangnya. Dan seperti Salahuddin, pemimpin Islam kita yang hebat, yang telah menyelamatkan Baitulmaqdis untuk Islam, saya mengambil hanya sedikit untuk saya.
Di Barat, sesetengah telah menggelar saya 'gila', 'hilang akal'. Mereka tahu kebenarannya tetapi masih mahu terus berbohong. Mereka tahu tanahair kita merdeka dan bebas, tidak berada dalam genggaman penjajah. Itulah wawasan saya, jalan saya yang telah saya jelaskan untuk rakyat dan saya akan lawan sehingga ke hembusan nafas saya yang terakhir untuk memastikan kita bebas. Semoga Allah Maha Besar membantu kita untuk kekal setia dan bebas.

***********************************************************

Muammar Gaddafi bukanlah seorang pemimpin yang sempurna. Namun, banyak jasa telah dicurahkan untuk memberikan hampir segala-galanya kepada rakyat Libya. Kini semakin banyak manusia di luar sana yang sedar sebenarnya di Libya, rakyatnya menikmati pelbagai kemudahan yang lebih hebat berbanding negara-negara lain yang mendakwa lebih maju dan lebih kaya dari Libya.

Aku mula terfikir, jika dengan pelbagai nikmat yang telah diberikan, apa lagi yang rakyat Libya mahukan? Adakah ini balasan Allah SWT kerana mereka tidak bersyukur? Adakah Libya akan lebih makmur selepas ini?

Wahai orang-orng yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al-Baqarah: 172)

 

al-fatihah buat beliau..semoga ALLAH mengampunkan dosa ALLAHYARHAM..  ni copy dari facebook.. menyebarkan kepada anda, semoga bermanfaat.. semoga kita semua sedar dengan agenda yahudi laknatullah..

No comments:

Post a Comment