::pegawai urusan permata::

Tuesday, December 13, 2011

:: halal tak ayam tu ::

kuliah subuh pagi tadi berkisar mengenai makanan halal iaitu ayam yang disampaikan oleh imam besar masjid unisza. aku terkesima seketika bila mendengar kuliah subuh yang benar2 memberi kesan dihatiku.. sedarkah kalian?? apakah kalian pernah check bagaimana ayam yang anda makan itu benar2 disembelih mengikut lunas yang ditetapkan syara’? adakah anda yakin ayam yang anda makan itu disembelih dengan sempurna?? err.. aku selalu makan ayam,tapi aku tak tau pun dari mana ayam tu disembelih..

ustaz suhaimi menceritakan bagaimana beliau telah ditelefon oleh seorang surirumah yang telah membeli seekor ayam dikedai..sebaik sahaja membawa pulang, wanita itu mendapati bahawa ayam itu hanya disembelih di bahagian halkum sahaja..tidak sampai lagi pada urat marih ayam tu..lalu akhirnya wanita yang berasa was2 itu serta-merta menelefon ustaz suhaimi mendapatkan penjelasan.dan setelah dikaji, ustaz memutuskan bahawa ayam itu tidak halal dimakan..

subhanallah, itu baru satu kes, belum lagi kita tengok kes2 lain.. ok, moralnya disini, pernah tak kita pergi kaji siapa yang menyembelih ayam itu..?? merokok ke beliau semasa menyembelih itu?? macam mana pulak pakaian dia? seluar pendekkah?? solat kah beliau?? kalau dah saban hari ratusan ekor ayam terpaksa disembelih menjelang subuh, bila masanya nak solat..?? memang kita perlu berhusnu dzon, tapi seeloknya kita mengkaji dahulu..

 

317412_274352865931328_146443882055561_872783_1014430891_n

ok,ape kesannya?? kalau anda makan makanan yang tidak sempurna penyembelihannya,anda sebenarnya telah memakan BANGKAI.. sekali lagi, ANDAH TELAH MEMAKAN BANGKAI.. makan bangkai adalah HARAM.. makanan yang haram yang masuk ke dalam tubuh badan manusia akan menyebabkan hati kita menjadi keras..bila hati jadi keras, kita akan rasa susah nak terima ape dinasihatkan..kita memang sokmo2 solat,sokmo2 g masjid, tapi kita sukar menerima ape yang orang cakap..

bila makanan itu diberikan kepada anak bini kita, kita sebagai ketua keluarga yang akan dipersoalkan.so?? ingat senang ke nak jadi suami n bapak orang ni..??

bila citer tentang suami, teringat sebelum balik tadi, ustaz suhaimi nak ajak g minum, tapi waktu2 subuh mane ade orang bukak kedai..pastu aku pun menambah, ‘lagipun,saya memang tak makan pagi ustaz’.haha ayat backup je.pastu ustaz kate, laaa patut lah badan awak ni kurus..hehe.. aku pun tanye la kat ustaz, ‘ustaz, saya ni makan byk juga, tapi kenapa tak mau berisi badan saya ni ustaz??’ ustaz kate, awak kena kawen dulu, bila awak kawen insyaALLAH badan awak naik.. sebab zat isteri masuk sekali dalam badan awak..hati awak akan rasa tenang bila dah kawen..sekarang ni awak tak tenang lagi ni..hehe..^_^

 

312566_202792689791770_153578388046534_488088_104696253_n

kesimpulannya, kena carilah seorang teman hidup lepas ni..nak bagi badan berisi.haha kesitu pulak..

No comments:

Post a Comment