::pegawai urusan permata::

Thursday, September 5, 2013

bidata lengkap presiden sah mesir

Peribadi

Nama penuh beliau ialah Muhammad Muhammad Mursi Isa al-‘Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini juga merupakan seorang bapa yang amat menitik-beratkan pendidikan agama kepada anak-anak. Beliau, isteri dan kelima-lima cahaya matanya (Ahmad, Syaima’, Usamah, Umar dan Abdullah) menghafaz al-Quran.

Akademik dan Kerjaya

Memulakan alam persekolahan di sekolah yang terletak di wilayah tersebut. Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Cairo, Kaherah pada tahun 1970 dalam bidang kejuruteraan. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1975 dengan mendapat kelulusan cemerlang (imtiyaz). Selepas itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti Cairo juga pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan kapal angkasa lepas dan memperoleh Ijazah Kedoktoran pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Profesor di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti, antaranya : Universiti Los Angeles, USA., Universiti Kaherah dan Universiti al-Fatih di Tripoli. Beliau juga pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan.
Sebagai pensyarah, beliau banyak terlibat dalam membuat kajian dan penyelidikan, mencecah hampir 27 kajian termasuklah kajian mengenai angkasa lepas. Atas kehebatan, keintelektualan dan kepintaran beliau, maka Amerika telah menawarkan kerakyatan kepada beliau dan isteri beliau sebagai rakyat Amerika. Namun, beliau menolak lantaran kasih dan sayang beliau terhadap tanah air tercinta.

Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005.

Pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Presiden Mesir yang mempunyai wibawa
Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Kini, beliau dilantik sebagai Presiden Republik Arab Mesir yang ke-5 bermula 24 Jun 2012 melalui proses pilihanraya lantaran pengalaman beliau yang luas dalam bidang hubungan antarabangsa dan pemikirannya yang jelas juga berwawasan.

credit to pemilik blog

Tuesday, January 1, 2013

menusuk qalbu

Pernahkah Anda mendengar cerita seorang lelaki tua dan kereta api? Makna yang terkandung didalam cerita ini sangat dekat dengan kehidupan kita seharian, tetapi seringkali kita lalai dan hanya menjadikan ia sebagai halwa telinga. Jika Anda belum pernah mendengarnya!!!
(mari sama-sama kita membacanya)
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Suatu ketika, seorang lelaki tua dengan penampilan yang cukup berwibawa masuk ke gerbang sebuah kereta api. Lelaki itu kelihatan seorang yang berusia serta berpenampilan berwibawa hingga siapa saja yang melihat pasti menyimpan rasa hormat kepadanya. Seperti penumpang lain, lelaki tadi mencari tempat duduk yang sesuai untuknya kerana kereta api akan bergerak sebentar lagi. Dia melalui deretan kerusi demi kerusi untuk mencari tempat duduk yang kosong.
Pertama sekali dia melalui kerusi yang diduduki oleh kanak-kanak yang asyik bermain;
"Assalaamu'alai kum?", sapanya.
"Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh, Selamat datang pakcik...", jawab mereka.
"Maaf anak-anak, ada tempat duduk yang kosong untuk pakcik tak?", tanya si tua tersebut.
“sebenarnya masih ada tempat duduk yang kosong, tetapi kami ini masih kanak-kanak dan kami suka bermain dan bergaduh, kami bimbang ia akan menggangu pakcik di sepanjang perjalanan ini, cuba pakcik cari tempat duduk lainnya saja", jawab mereka.
Maka orang tua tersebut berpindah ke deretan kerusi seterusnya... di situ dia melihat muda-mudi yang sedang asyik ‘bercouple’. Mereka duduk berduaan dengan mesra sambil melantunkan bait-bait puisi yang romantis:
"Assalaamu'alai kum?", sapanya.
"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh, selamat datang pakcik, ada yang boleh kami bantu?" kata mereka.
"Hmm... maaf adik-adik, adakah tempat kosong untuk pakcik?" tanya orang tua itu.
"Oh, tentu ada... tetapi kami ini anak-anak muda yang sedang asyik berbulan madu... kami bimbang pakcik akan merasa resah melihat kami bermesraan selama di perjalanan. lebih baik pakcik mencari tempat duduk lainnya" jawab mereka.
Si tua kembali berjalan menyusuri gerbang kereta api tersebut sehingga sampai di deretan kerusi yang diduduki oleh para “bisnessman”. Mereka sibuk berbincang membicarakan projek-projek besar yang sedang mereka jalankan. Sambil membentangkan kertas kerja dan usaha mereka terlibat dalam pembicangan sangat serius itu hingga salam kedengaran kuat bagi mereka...
"Assalaamu'alai kum warahmatullahi wa barakaatuh!" kata pakcik tua itu.
"Oh.. Wa'alaikumussalam warahmatullaahi wa barakaatuh... Ada apa encik?" jawab mereka.
"Maaf, bolehkah encik-encik beri sedikit ruang untuk pakcik duduk?" pinta Si tua.
"pak cik yang terhormat, sebenarnya Kami senang hati menerima pakcik di sini...tetapi seperti pakcik lihat kami sibuk berbincang urusan “business” dan usaha kami. Kami bimbang pakcik akan terganggu dengan kesibukan kami selama di perjalanan nanti... jadi, sebaiknya pakcik cari tempat lain saja", jawab mereka.
Demikianlah, orang tua itu harus kembali berjalan terhuyun-huyun di tengah gerbang kereta api untuk mencari tempat duduk. seterusnya, setiap kali dia melewati deretan tempat duduk selalu ada saja alasan mereka untuk menolaknya. Mereka memang menghargai “orang tua” tersebut kerana mengingati usianya yang telah lanjut dan kewibawannya, tetapi mereka tidak juga memberinya tempat untuk duduk.
Akhirnya, setelah berjalan hingga ke hujung, tibalah di deretan kursi terakhir... Nampak di situ sebuah keluarga duduk bersama. Seorang ayah dengan baju takwa dan serbannya, lalu ibu dengan jilbab dan busana muslimahnya dan dua orang anak mereka yang masih kecil namun sopan-sopan.
Melihat “orang tua” yang Nampak kepenatan tadi, terus si Ayah berkata:
"Assalaamu'alai kum pakcik, ada yang boleh kami bantu?"
"Wa'alaikumussalaam warahmatullahi wa barakaatuh, oh terima kasih banyak...", sahut Si pakcik.
(Belum sempat pakcik itu menjawab,terus si ayah berkata):
"Muhammad, kamu duduk dengan Abi di sini; dan Ahmad, kamu geser ke sebelah sana... biar ‘atuk’ duduk di tepi kamu", kata Sang Ayah kepada kedua anaknya. Mereka pun segera menuruti perintah ayahnya dan memberikan tempat duduk bagi Si “atuk”.
Alangkah bahagianya “Si tua” mendapat perlakuan baik seperti itu. Bukan saja mendapatkan tempat duduk, malahan lebih bahagia kerana merasa dihormati dan dihargai oleh mereka. Kepenatannya mencari tempat duduk selama ini dibayar sebaik mendapat tempat yang sesuai tersebut.
Priiiit!!! Bunyi peluit tanda kereta akan berangkat terdengar, dan perjalanan pun dimulai. Seperti biasa, dalam perjalanan kereta tersebut singgah di beberapa perhentian sebelum berhenti di pada tempat tujuan. Dan tiap kali kereta tersebut berhenti, selalu ada penjual makanan yang berjualan kepada para penumpang. Dan, ketika berhenti di perhentian pertama, terdengar suara penjual yang menjual makanan ringan, maka “Si tua” memanggilnya. Ketika orang tersebut datang, Si tua berkata kepada keluarga yang duduk bersamanya: “ambil apa saja yang kamu inginkan.. jangan malu-malu".
Maka mereka pun mengambil makanan yang mereka suka.. lalu Si tua mengeluarkan dompet dan membayar semuanya. seluruh penumpang terkejut melihat kejadian tersebut. Mereka berbisik: "Wah, kaya juga pakcik itu.”
tidak lama selepas itu, pemesan makanan pula datang. Seperti biasa si tua menyuruh keluarga tadi memesan apa sahaja yang mereka mahu.. lalu membayarnya. Para penumpang tadi semakin hairan dengan apa yang mereka lihat serta menyesali perbuatan mereka menolak untuk duduk bersama si tua.
Akhirnya, setelah menempuh beberapa jam perjalanan, tibalah kereta api di destinasinya.. terdapat acara yang sangat besar belansung disana. Terdapat kereta-kereta berkonvoi seperti menyambut ketibaan seseorang, lalu kereta –kereta tersebut berhenti dan keluar seseorang yang diiringi pegawai-pegawai terhormat masuk kedalam gerbang kereta api bersama pemeriksa kerusi, memeriksa kerusi satu persatu. Para penumpang lainnya sangat terkejut melihat yang terhormat itu adalah presiden Negara tersebut yang datang untuk menjemput tetamunya terhormatnya.
Namun, mereka lebih terkejut melihat tetamu tersebut adalah ‘si tua’ tadinya yang mereka menolok untuk duduk bersama.
setelah menghampiri si tua, Presiden memeluknya erat-erat dan bersalam dengan kegembiraan. Dan menjemput si tua untuk bersamanya keistana dan mendapatkan jamuan yag ‘special’ tanda kehormatan.
Si tua menerima dengan senang hati, namun bersyarat jika keluarga tadi harus ikut bersamanya untuk jamuan itu. Presiden bersenang hati menerimanya, dan seluruh penumpang tadi sangat menyesal atas perbuatan mereka dan kesibukkan mereka, andai mereka memberi si tua duduk bersama mereka pasti mereka tidak menyesal seperti sekarang. Namum iyanya hanyalah penyesalan seperti kata pepatah “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya” sudah terlambat penyesalan itu..
Adakah anda tahu siapa ‘si tua’ itu sebenarnya?
Dia adalah agama…yang selama ini kita hargai dan kita hormati tetapi sering kali kita ketepikan dalam hidup ini. Ketika nilai-nilai agama hendak ditanamkan kepada kanak-kanak, kita menolak dengan alasan: "Kan… mereka masih kecil.. biarlah mereka bebas bermain, bebas berpakaian, dan lain-lain.. belum masanya kita menyuruh mereka menjadi orang 'alim". Dan akhirnya zaman kanak-kanak terbiar begitu saja.
Kemudian bila mereka dewasa kita pun menolaknya dengan alasan: " kesihan remaja bila disuruh mengikut aturan agama, mereka tidak bebas bergaul, hiburan dan sebagainya mereka masih muda, masih banyak masa mereka ada untuk bertaubat dan menjadi ahli masjid, biarlah mereka menikmati masa muda mereka terlebih dahulu dan sebagainya…”, masa muda juga sudah diabaikan tanpa mempelajari agama..
Kemudia bila dewasa mereka sibuk dengan alam perkerjaan, dengan pelbagai tawaran dan kehidupan dunia, sibuk menguruskan business, projek2 besar dan sebagainya, masih tidak ada masa untuk belajar dan mempelajari islam…
Akhirnya umurpun sudah tua dan tiba pada penghujung usia ataupun perhentian terakhir. Tempat dimana manusia menuai hasil yang dituai. Ajal sudah sampai , kesempatan sudah tiada. Mereka hanya menyesal bila melihat orang-orang dianggap ‘kolot’, ‘pura-pura alim’ dan sebagainya mendapatkan ganjaran yang dijanjikan Allah swt di akhirat kelak.. mereka hnya menyesal yang tiada kesudahan.. bila tidak bersama si tua(agama islam) ketika semua orang menolaknya, ternyata itu semua membuahkan hasil yang tidak diduga, kenikmatan selama perjalanan(dunia) dan kebahgiaan destinasi tujuan (akhirat)
……………………….Semoga iya menjadi iktibat terutama diri sendiri………..

Thursday, November 22, 2012

aku ada untukmu

awal muharam jatuh pada hari jumaat..dan aku seolah-olah tidak merasai saat awal muharam memandangkan pada saat itu aku masih lagi berada dalam dakapan suasana kampung yang menghijau. aku langsung tidak mempunyai azam yang ditajdidkan di saat apabila melihat dalam laman sensawang, facebook, rata-rata sahabat mengucapkan salam maal hijrah dan menyatakan azam masing-masing..aku langsung mengabaikan ape yang mereka cuba sampaikan..kerana di saat itu, hatiku terlalu memikirkan dunia melebihi memikirkan akhirat.. petang itu juga, aku menerima kunjungan daripada anak-anak buah yang begitu teruja dapat pulang kekampung bertemu dengan atok & opah mereka.. lantas pada malam tersebut, kami langsung menjamah makanan bersama secara berjemaah sambil ditemani berita tv3 bagi mengetahui perkembangan semasa..sebaik sahaja pemberita memulakan bicara, tajuk yang dipaparkan ternyata tida sama seperti sebelum2 ini.. mereka terus menyiarkan tetang kekejaman yang dilakukan israel..aku terus terpaku melihat keadaan tersebut.. sungguh hatiku begitu terusik apabila melihat saudara seagama yang sepatutnya menyambut kehadiran bulan suci muharam dengan penuh keazaman dan kegembiraan, namun kesucian bulan tersebut akhirnya dinodai oleh golongan2 laknatullah yang begitu rakus menggapai keinginan nafsu demi merampas sebuah kawasan di Genting Gaza.. kekejaman yang mereka lakukan sememangnya menggambarkan peribadi mereka yang begitu tamak dan rakus terhadap bumi palestin dan terhadap agama islam itu sendiri..

 

 

tumblr_mdnulj0b6R1rahmvco1_400

 

pasti…!! syahid itu matlamat hidupku..aku rela pergi berjuang ke sana jika diizinkan,tetapi mereka tidak memerlukan bantuan tentera,kerana meraka sendiri sudahpun mempunyai ramai tentera. yang mereka perlukan adalah bantuan peralatan perang, bantuan doa, dan bantuan boikot.. dan dalam situasi sekarang, menuntut ilmu merupakan jihad yang tidak kurang hebatnya.. dari situ lah kita dapat menjadi ilmuwan yang mampu menyampaikan ilmu yang ada dalam diri kita bagi mengelakkan masyarakat daripada kejahilan..itulah jihad bagi waqi’ kita. namun, andai satu saat nanti diberi peluang, aku sanggup pergi kesana mengusung dan mnegangkat senjata  bersama tentera islam di sana demi mempertahankan agama islam itu sendiri..

 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak seorang pun yang telah masuk Syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati Syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yang dilihatnya (yang diberikan kepadanya).”
Dalam riwayat lain, “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.”
[HR Bukhari dan Muslim]

 

tumblr_mdsn27SNLs1qewq82o1_400

 

semalam, aku cuba search dalam tumblr ku, fastabiqul-khairat mengenai palestin..dan sungguh aku begitu terkejut melihat kebanyakan post-post daripada bangsa yang menyebelahi yahudi begitu ramai dan sukar sekali aku menemui post yang menceritakan kebenaran mengenai kisah  sebenar palestin..keabnyakan yang disebarkan, menceritakan sebaliknya..aku sungguh tidak menyangka perkara ini.. lantas, aku teringat kata-kata brother Lim joi Soon, “orang kristian ni sangat rajin buat dakwah meskipun mereka agama yang salah, orang islam ni snagat rajin tak nak buat dakawah meskipun mereka tahu yang mereka ini benar..” dan sememangnya kata-kata itu terbukti kebenarannya..

 

aku teringat pada ayat al-quran dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang mafhumnya, “tidak akan sekali-kali kaum yahudi itu redha kepada mu Muhammad, sehinggalah kamu mengikut telunjuk mereka,” ayat ini jelas menceritakan sampai hari kiamat pun mereka tidak akan mengikut kita dan tidak akan rela kepada kita kerana ALLAH sendiri yang berkata demikian.. dan semalam, dalam usrah,ade membincangkan tentang perkara ini, salah seorang ahli usrah menyatakan bahawa,isu ini sebenarnya isu lama. sememangnya saban tahun pihak israel laknatullah akan memilih bulan yang suci bagi umat islam untuk menyakitkan hati umat islam..allahurabbi..!!!

tumblr_m8jszndUZu1qg61yqo10_r2_400

aku pasti, pertolongan ALLAH itu pasti akan tiba tepat pada masa dan ketikanya..

 

tumblr_mdsdyrcQVf1r66ig0o1_400

Sunday, September 30, 2012

:: senyum ::

pagi-pagi dah buat aku tersenyum.. senyum seorang diri.. why?? u are not laila majnun la amir..  u are amir hakim..orang xde akal je senyum sorang2.. so, pagi ni ku buka blog ku yang ku cintai (lah sgt). then check to my chatbox..then, mata terpandang pada satu komen..eh bkn 1, tp 3 komen dr fake akaun..bila sebut fake akaun, I’m really not respect the owner.. if u want to comment, make sure u are real okeyh.. be urself, don’t be otherself.. so, boleh tgk ape yang ditulis oleh beliau kt sini..

 

Capture

ok, dah tengok kan?? so, aku terfikir jugak, ape yang aku dah buat sampai beliau rajin sangat mencari blog permatayahbonda ni.. awat tak inbox je dalam Fb ni.. I like the caption, “silap hari bulan tak sampai rumah”, maksudnye dia boleh buat macam2 kat diriku.. ok, to the “angel”, make sure u read the rukun iman yang ke 6.. percaya pada qada’ n qadar.. bukan baca je, tp hayati dengan penuh penghayatan.. xminat nak syarah panjang2.. baik settelkan xciment daripada syarah bab ni.. kalau nak tahu, anda boleh cari kelas tauhid/ tasawwuf. itu yang sebaiknya.. tapi sebelum mengundur diri, rasanya ini mungkin ada kaitan dengan post aku di group persatuan mahasiswa unisza..

as

mungkin gara-gara ini yang menyebabkan anda marah.. fine, saya fikir anda harus tau mengapa saya post tentang benda ni.. sekiranya anda merasakan kita perlu berhujah, kita laksanakan dalam keadaan yang lebih ilmiah..bukan dengan buat fake akaun.. akhirkalam, saya mohon maaf andai ade yang terguris, inilah dakwah, xpernah sunyi dari halangan dan cabaran.. kalau nabi dulu putus asa dari cabaran yang dialami semasa berdakwah, pastinya islam takkan berada sampai sekarang.. moga bersama redha ALLAH.. fastabiqul khairat.. moga ALLAH mengampunkan dosa2 kita.. nastaghfirulah..

Tuesday, June 19, 2012

anda isteri perdana menteri??


Kita bukan isteri perdana menteri....
Kalau kita isteri perdana menteri,
Kita tak perlu takut sbb semua free
Sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi
kanser di Los Angeles, US
Ratus - ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
Buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,
Kita bukan Azean Irdawaty,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro,
Utusan dan macam2 mintak derma,
Masuk TV3 mintak ringankan beban,
Mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000,
orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000,
banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena
mintak derma lagi.....
Gaji you + husband ada RM180,000 setahun ?
RM100,000? RM 30000 ?
Alahai sedihnyer....
Kanser tak pilih bulu,
Hari ni sihat,bulan depan tengok2
kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1 dari 19 wanita menghidap kanser
setiap tahun ????
Bila giliran kiter agaknyer ??
Hospital kerajaan yang macam pasar
basah tu boleh setel cepat ker?
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran
Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,
Kes elektif mcm kanser atau jantung,
atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat?
sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah,
bisnes tetap bisnes,
RM 20 000, buat kimo sajer,
satu cycle jer, tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah,
ada yang bergadai tanah,
Kos rawatan + kos sara hidup
(dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu..
ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup +
kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
Simpan RM 200 sebulan di ASB pun
10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful,
esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik
Modal + Investment...
Ni pun tak boleh paham ker ?
Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut,
mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh,
RM 1500 pun takper, asal bergaya,
beli emas ribu - ribu sanggup,
tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk
kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,
kalau ada RM 150 000
dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan,
RM 150 000 kena guna,
habis lah duit you,
kene kumpul balik….
kan ker baik kalau orang lain
bagi RM150,000 utk kecemasan,
Mahal? RM200 mahal?
RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
Orang Cina bila dapat 1st gaji
diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji
terus plan nak beli kurang2 Waja,
Orang Cina bila dapat 1st gaji,
diorang pikir Investment,
pikir Insurance,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji
diorang pikir nak pakai kereta aper,
sport rim 17 inci wajib,
Perancang kewangan kater, utk kereta
tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500 sebulan, patut beli
kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan,
Wira second ok la..kenari second ker..
utk permulaan.....
Tapi… ramai tak ikut..
gaji RM 2500, beli kereta Honda City
RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
Perancang kewangan kater,
60% gaji utk hutang + perbelanjaan,
40 % utk investment + dana persaraan + insurance,
Orang melayu 99% gaji utk hutang +
belanja sara hidup... 1 % utk simpanan...
Beraper kerat jer orang melayu ada
RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kera,
Bila orang suruh beli takaful / insurance.....
mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan
kewangan korang semua....
Orang Kerajaan berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu….
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper
mintak derma mcm maner?
Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari
hospital swasta utk rawatan,
kat US lagi tuh,
Pegawai jabatan jer? clerk jer?
Pegawai sains jer?
Ketua Jabatan? Pensyarah?
Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik
buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan,
mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat,
tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......
Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon - konon Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ?
Sampai bila beb ?
Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak pi kerja
Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn
habis takdak coverage dah...
86% warge tua melayu sekarang
tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir
1970an dan 1980an...
tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous
di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...
hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...
kena cari dana sendiri...EPF?
Untuk persaraan pun tak cukup
inikan pula nak tanggung medical...
Sekarang banyak company besar2
beroperasi di Malaysia,
Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan
masih sudi beroperasi di Malaysia,
Bisnes is bisnes,
bukan badan kebajikan atau welfare...
kalau kos operasi dah mahal...
pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55?
Besar belanjer nyer beb..
itu pun kalau layak...
Majikan paling besar dalam Malaysia..
adalah Kerajaan Malaysia,
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..
tak bungkus...
walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..
takper.. Majoriti mudah dalam tangan...
Alahhhh...kalu PAS ker PKR ker
perintah Malaysia pun,
kerajaan tetap jalan mcm biasa...
Kerja Kilang besar mana pun,
risiko nak bungkus tetap ada,
US dah meleset,
Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya...
Kat Malaysia pun
operator kilang Melayu dah skit…
berlambak Bangla, Vietnam , Nepal... murah...
Sikit hari lagi, depa pakat – pakat
pindah Operasi pi Bangla...
Hampa ternganga....
Tu pun masih tak sedar diri lagi..
IKM-HUKM Hospital yg terbaik
dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih…
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2
akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar,
atau bayar seminimum yg mungkin,
Ada yang kena bayar 100%..
bagi yang ada coverage insurance,
atau TOKEY KILANG,
Boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah, loan kereta
dah beban dah.....
Kebarangkalian nak jatuh dalam
GROUP tak payah bayar sangat lah rendah..
Second group kena bayar skit.
skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ?
Tengok kes ler...So, are we hoping for the luck
to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...
boleh bayar bulan - bulan aper ....
Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed,
Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit,
stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar,
ada lagi satu tyre spare..
Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan,
pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang,
pegi la hospital swasta nak cepat...
(dengan coverage insuranse la yer...)
Kanser bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang
taktau nak cakap ler sedihnyer,
Kesian anak2...
Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..
Wow.. RM 5000
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..
dah la tak cukup...
nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans.....
masuk paper ler mintak derma..
tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
Sekurang2nya kita mencuba,
dapatkan rawatan terbaik,
Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
Sbb lambat dapat rawatan...
Why lambat ? tak der duit..
Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih,
bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
Apa2 pun bolehlah...
Nasihat saya...
Takaful atau Insurans ..
hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN,
Hanya orang yang SIHAT je ..
boleh beli insurans atau takaful…
You mampu bayar RM 500 sebulan pun,
Bila dah SAKIT, orang tak pandang dah,
Nukilan ni bukan nak perli saper2,
Just nak bukak minda jer,
Mintak maaf kalau ada yang teraser,
Sementara sihat, eloklah beringat..
Bila dah sakit...
Wallahulalam....
Ingat.....Kita bukan isteri mana - mana Perdana Menteri...
hatta Menteri sekali pun..

Thursday, May 10, 2012

::Petua Untuk Khusyuk Dalam Solat::

293333_197843066953399_153578388046534_472019_372077263_n

 

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat.
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Saturday, May 5, 2012

::ooo orang puang ::

298952_254092424638820_100001141929937_677217_500463379_n

kalau tak paham, tanye oram ganu ^_^

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...
mung mitok maah ...
mung dok rehak ...
mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...
mung letih ...
mung dok rehak ...
tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...
mung taboh ...
mung dok rehak g ...
mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...
sapa petang ...
mung dok rehak ...
suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...
mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...
garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...
mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...
dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...
*hebak mung orang ppuang ... :)