::pegawai urusan permata::

Wednesday, December 22, 2010

bila hati berbicara

sujud

assalamualaikum WBT.. keheningan malam di perantauan membuatkan hati terusik seketika

mengimbau kembali kenangan-kenangan silam yang penuh dengan ranjau berduri..

terkenangkan dosa2 semalam yang masih segar dalam ingatan.. apakah masih ade ruang disisi Nya untuk ku bertaubat??

jawapannya PASTI.. YA.. masih ade.. hanya diriku bergantung pada diriku sahaja untuk menghapuskan dosa2 silam..

pengalaman silam yang pernah menjengah hidupku suatu detik dahulu pasti akan ku jadikan satu pengajaran berguna bahawa hidup ini

segala-galanya telah ditetapkan ALLAH SWT.. fitrah semua makhluk yang diciptakan ALLAH, mempunyai rasa cinta antara satu sama lain..

lelaki dan wanita diciptakan  berpasangan.. oleh yang demikian, setiap daripada kita tidak mampu untuk menolak fitrah kecintaan sesama makhluk..

namun, manusia seringkali alpa pada yang menciptakan dan menghadirkan rasa cinta pada diri mereka..

mereka sanggup membelakangkan Khaliknya demi meraih cinta pasangannya.. suatu yang sangat menyedihkan..

ke hadrat ALLAH ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana sudi memberi perasaan cinta itu padaku..

dan aku telah di uji dengan perasaan tersebut untuk seketika waktu.. syukur pada yang pernah bertakhta dalam hatiku pada satu waktu dahulu..

tapi daku perlu meletakkan ALLAH SWT bertakhta dalam hati ku di martabat yang paling tinggi kerana aku tidak mahu

kehilangan cinta Nya yang tidak pernah berbelah bahagi..alhamdulillah.. I’m praises to ALLAH..

ade sesuatu yang ingin ku titipkan disini yang pastinya mengusik kalbu kita semua..

 

  • ''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….

  Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..

  • '' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….

   Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…

  • '' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….

   Tempat Beristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

  • '' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..

   Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....

>> Hidup ibarat pelita, semakin hari semakin malap...hingga akhirnya terpadam jua...

clip_image001

3 comments:

  1. Salam...
    thanks ats kata-kata ni Akim.. =)
    sy tersentuh n terharu sgt...
    sy hrp kite akn sntiasa mngejar cinta hakiki dan sentiasa mengingati mati..
    tinta nie mmberi seribu kesedaran kpd sy..mgkn jga kpd insan2 di luar sna..

    ~~sahabat umpama mentari yang menyinar~~ (^_^)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. jgn risau. awk mungkin lelaki terbaik yg pernah hadir dlm hidup dia. setiap perpisahan, ade hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. sy sokong fatin...
    betul 2...
    lelaki yang baik diciptakn untuk wanita yang baik juga...
    ~~ TeRuSkAn PeRjUaNgAn~~

    ReplyDelete