::pegawai urusan permata::

Saturday, January 15, 2011

::sia-sia::

fdy

salam semua.. ada sesuatu yang perlu di nukilkan di sini.. ade sesuatu yang perlu di sampaikan dan di dakwah kan kepada kalian.. walaupun agak busy, tapi, waktu untuk berdakwah perlu di masukkan sedikit dalam diary harian hidupku.. ok fine,  kepada para pembaca yang budiman, terima kasih banyak2 sebab sudi hadir ke blog yang tidak seberapa ni.. sebagai seorang muslim, wajib bagi saya untuk menyampaikan dan mengingatkan kepada sahabat2 mengenai ape yang perlu di ingatkan.lebih2 lagi zaman sekarang kian moden, maka terdapat banyak perkara yang melalaikan kita semua dari mengingati khaliq kita..seharian yang kita lakukan, makan, ibadah, belajar, jihad and ape2-ape jelah yang kalian lakukan, apakah anda semua pernah berniat kerana ALLAH S.W.T.???Sarcastic smile apakah anda hanya melakukan sekadar mengikut sesuatu perkerjaan yang lazim anda lakukan.?? sedarkah anda?? melakukan sesuatu perbuatan tanpa kita berniat melakukannya kerana ALLAH, khaliq kita, maka sia-sia lah ape yang kita laksanakan. jika kita niat nak belajar hanya untuk jadi seorang yang hebat, disegani, mempunyai wang yang banyak, kereta mewah, dan ape2 sahaja yang selain daripada ALLAH, maka anda akan dapat ape yang anda idamkan..tetapi jika anda berniat hanya semata-mata kerana ALLAH S.W.T, anda akan mendapat redha ALLAH dan keberkatan dalam amalan anda. dan pada masa yang sama, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari apa yang anda inginkan kerana ALLAH telah berjanji, jika kamu mencari akhirat, dunia akan datang mencari kamu. tetapi jika kamu mencari dunia, akhirat akan meninggalkan kamu.Crying face

sabda Nabi Muhammad SAW,

 انماالأعمال باالنيات

mafhumnya, setiap amalan yang kita laksanakan mestilah dengan nawaitu lillahita’ala. jika kita perhatikan pada zaman sekarang, ramai dari kalangan kita yang berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, tetapi niat yang diletakkan dalam hati adalah kerana untuk memperolehi dean listShifty.pointer yang tinggi.Eye rolling smile ohh, alangkah hebatnya jika niat kita diletakkan semata-mata kerana ALLAH, nescaya ALLAH akan memudahkan dan memberi keberkatan ilmu yang kita perolehi.. itulah yang berlaku pada pengajian pondok yang merupakan sebuah tempat pengajian yang sangat terkenal suatu ketika dahulu, setiap pelajar akan dibersihkan hati dan akal fikiran serta diletakkan nawaitu yang sepatutnya. maka hasilnya, sekarang ini kita dapat melihat betapa berkatnya dan hebatnye insan2 yang lahir dari institusi pengajian pondok. oleh yang demikian, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat2, marilah sama2 kita perbetulkan niat kita semata-mata kerana ALLAH. sekiranya kita gagal sekalipun, tetapi ade keredhaan ALLAH di situ,tetapi, jika kita berjaya tanpa redha ALLAH, apakah hidup kita bahagia?? tepuk dada muhasabah lah diri kita.. sekian..Cat face

my baby 9

4 comments: